Wednesday, May 12, 2010

Orang Melayu Kelantan suka berniaga?

"Orang Melayu Kelantan suka berniaga," itulah kata-kata yang selalu aku dengar apabila membawa kawan-kawan dari luar Kelantan ke Kota Bharu. Dan kenyataan ini dinyatakan dengan penuh kebanggaan oleh mereka, kerana di tempat-tempat lain, aktiviti-aktiviti perniagaan di monopoli oleh bangsa lain. Betul ke 'orang Kelantan suka berniaga'?. Bagi aku, orang Kelantan memang suka berniaga, TETAPI, tidak begitu pandai berniaga!! Mungkin ada yang tidak berpuashati dengan kenyataan ini.
Sebagai bukti, walaupun ramai orang Kelantan yang berniaga, majoritinya hanyalah peniaga kecil. Gedung-gedung perniagaan yang besar-besar masih lagi dimiliki oleh 'orang lain'. Dan, peniaga-peniaga kecil ini bukannya baru berniaga, ada yang telah berniaga hampir 20 tahun pada skala yang sama!! Pada pendapat aku, orang Melayu Kelantan memang suka berniaga, tetapi mereka tidak pandai mengurus dan seterusnya memajukan perniagaan mereka. Mereka juga tiada kemahiran menguruskan sistem kewangan.